MENU SALOR

UTAMA
TAKWIM SEKOLAH
KURIKULUM
HAL EHWAL MURID
KO-KURIKULUM
PEPERIKSAAN
INFO AM
GALERI SEKOLAH
MAKLUMAT GURU DAN STAF
MAKLUMAT PELAJAR
ARTIKEL PILIHAN
MODUL PEMBELAJARAN
PAUTAN

 

SEJARAH SEKOLAH

Pandangan satelit smk salor (kemaskini 28 mei 2009)

SMK.Salor telah dibina di atas tapak yang dimiliki oleh Tok Jerulong (Tuan Haji Said) pada tahun 1965. Awal nya hanya sebuah sekolah pondok dan mempunyai 3 buah kelas dengan 79 orang pelajar dan 7 orang guru. Pada tahun 1967 bangunan sekolah yang baru telah dibina sebanyak 2 blok dan sebuah kantin dan bangunan terus ditambah. Tahun 1973 telah bermula pengambilan pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5. Tahun 1982 sekolah ini telah mempunyai 4 blok, kantin dan bengkel.

Asrama puteri telah dibina pada tahun 1988 dan seterusnya pada tahun 1990 dibina pula sebuah musalla. Pada tahun 1980 tingkatan 4 aliran sains telah bermula. Kini sekolah ini mempunyai 22 kelas dari tingkatan 1 hingga 5 dengan tenaga pengajar seramai 40 orang dan 15 orang staf sokongan. Berperinsipkan cogankata sekolah " Ilmu Hidup Rohani dan Jasmani" dengan logo berbentuk empat segi yang berteraskan elemen ilmu,akal,iman dan takwa. Setiap logo yang tertera mempunyai makna. Atom melambangkan sains dan teknologi, obor ilmu yang menerangi kehidupan, mata pena proses pencarian ilmu,dua jahitan seimbang ialah keseimbangan dunia dan akhirat, empat buah buku tersusun pelbagai ilmu yang dipelajari, biru kesederhanaan sikap, merah cita-cita, kuning kemulian hidup, putih kemurnian cita-cita dan hitam kemantapan usaha.

 

pelan lokasi sekolah

 

SMK Salor terus cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Setiap tahun peratusan pencapaian SPM dan PMR semakin menungkat dan telah melahirkan ramai ilmuan seperti En.Ab.Rahman Abdullah professor UKM. Bidang kokurikulum semakin menyinar, dalam bidang sukan bukan saja peringkat daerah malah telah mampu melangkah ke peringkat negeri dan negara. Kini SMK Salor telah digelar Juara Pimpong. Ramai pemain yang bersinar cemerlang doperingkat negeri dengan pimpinan jurulatih Tn.Hj.zakaria Awang.

Kerjasama dan pemufakatan antara pihak sekolah dengan PIBG bermula dari tahun 1965 hingga kini dengan peneraju yang silih berganti tidak melumpuhkan perlembagaan sekolah. PIBG merupakan pertubuhan yang telah ditubuh pada tahun 1965 telah banyak memberikan sumbangan kepada sekolah. Sumbangan yang dihulurkan samada berbentuk kewangan dan moral.

Berkat kerjasama usaha dan kematangan pihak pentadbir, guru-guru ,staf dan pelajar dengan berteraskan prinsip dan slogan sekolah telah berjaya melahirkan warga SMK Salor yang gemilang dan cemerlang di mata dunia pendidikan negara. Seterusnya mampu menghasilkan ahli ilmuan yang memberikan sumbangan kepada wawasan negara.